Blogger Backgrounds

Saturday, May 11, 2013

takut

aku manusia
yang takut kepada manusia.
aku takut
dengan mata-mata yang lantang bersuara
dengan mulut-mulut yang tajam menikam.

aku tahu aku bukan yang terbaik.
aku tahu aku banyak salah dan dosa.
aku tahu aku tak sempurna.
aku tahu
aku manusia.

kerana itu
perlukah jelingan-jelingan hina itu?
perlukah bisikan-bisikan yang memekakkan itu?
perlukah lontaran-lontaran pandangan bisu itu?

aku takut.
aku takut apa lagi salah aku yang mampu mereka cungkilkan.
aku takut apa lagi laku aku yang mereka tidak puas.
aku takut bila aku ditolak kuat ke posisi ini
dan kemudian aku jadi takut
kepada mereka.

bukan aku ingin membenci mereka.
tidak.
aku tak benci.
aku takut.
aku takut dengan apa lagi yang mampu mereka buang kepada aku.
aku takut dengan apa yang mereka mahukan dari aku.
aku takut yang mereka perlukan aku
untuk menjadi mereka.
aku takut 
sebab
aku adalah aku
selamanya aku adalah aku
dan tak mungkin aku mampu 
untuk mencapai tahap yang mereka mahukan dari aku.

sesungguhnya aku tidak mahu itu
aku tak mahu mengubah diri aku
kepada sesuatu 
yang dengan mudah
menilai diri aku 
dengan mata kasar mereka.

aku tak mahu untuk menjadi mereka
yang megah dengan diri mereka 
bagaikan mereka tiada silapnya.

aku tak mahu untuk menjadi mereka
kerana 
aku takut kepada mereka.

0 comments: