Aku mahu berubah
Dari putik bunga yang tertutup
Kepada kembangan bunga yang mekar.
Aku tahu diri aku
Aku tahu batas aku
Aku tahu salah aku
Tetapi
Mungkin ada masa aku alpa
Ada masa aku terlupa
Ada masa aku keliru dengan semua
Dan ada masa aku terjerat dengan ego aku sendiri.
Aku mahu berubah
Dari beluncas yang hina
Kepada rama-rama yang bersinar.
Tolong jangan diulang lemah aku semalam
Tolong jangan dihapuskan sayap kecil aku yang lemah
Tolong jangan ditolak aku ke tepi
Tolong aku untuk terbang
Tolong jaga kepompong aku
Tolong aku untuk aku berubah
Kerana sesungguhnya aku terlalu lemah
Untuk aku lakukan semua sendiri
Untuk aku lawan arus ego aku
Untuk aku teguhkan usaha aku
Untuk aku keluar dari kepompong selesa aku.
Tolong.
Jangan tinggalkan aku.
Jangan diungkit pahit masa lampau aku.
Tolong.
0 comments:
Post a Comment