RESIPI TART TELUR CUBAAN #1
Untuk Pastry
1 cawan marjerin (guna buttercup untuk cubaan ni)
1/4 cawan gula
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
2 cawan tepung gandum (tambah tepung kastard untuk cubaan ni)
Cara-cara
1) putar marjerin dan gula hingga kembang
2) masukkan telur dan esen vanilla, pukul lagi
3) masukkan sikit demi sedikait.
4) gaul sehingga tak melekat kat tangan. Tambah tepung lagi kalau still melekat kat tangan.
Untuk Filling
1 cawan susu cair
4 biji telur
1/2 cawan gula
1 cawan air
1 sudu besar tepung kastart (nak letak lebih pun boleh)
1/2 sudu teh esen vanilla
pewarna kuning ( tak guna untuk cubaan ni)
Cara-cara
1) campur semua bahan dan kacau rata.
2) bila dah sebati semua bahan, jangan lupa tapis semula.
3) masukkan dalam acuan pastry
4) bakar pada suhu 170' dalam masa 15-20 min it.
Notes untuk cubaan ni:
1. Pastry tebal sangat so takde rasa tart telur sangat
2. Pastry nampak putih sangat
3. Untuk next try, masak 15 minit kat bahagian bawah and 5 minit kat bahagian atas (20 minit, tart telur masih cair)
4. Kena tengok 1 cawan margerin sama dengan berapa gram, sebab susah nak sukat otherwise