Blogger Backgrounds

Saturday, September 3, 2011

BACA DAN FAHAMI.

Suatu hari,seorang bayi menerima perintah daripada Penciptanya: "Sebentar lagi,engkau akan bersiap sedia untuk diturunkan ke dunia."
Sesungguhnya bayi itu berasa amat takut,gusar kerana memikirkan akan dilahirkan ke dunia yang tidak pernah dilihatnya.
Lalu bayi ini bertanya kepada tuhannya: "Selama ini ada malaikat yang menjagaku.Dan para malaikat ini memberitahu,aku akan dikirimkan ke dunia.Tetapi bagaimana aku akan hidup di dunia itu dengan tubuhku yang kecil dan lemah ini?"
Lalu tuhannya menjawab: "Jangan takut,sesungguhnya Aku telah memilih seorang untuk menjaga dan mengasihimu di dunia itu nanti!"
Akibat masih takut,bayi itu bertanya lagi: "Dunia itu sudah tentu berbeza.Jika di dalam syurga ini aku hanya perlu bermain,bernyanyi dan ketawa membuatku terasa bahagia.Bagaimana di dunia itu nanti?"
Lalu tuhannya menjawab." Jangan takut.Malaikat yang Ku pilih akan menyanyikan lagu untukmu,menghadiahkanmu dengan senyuman dan kasihnya membuat engkau berasa hangat dan dicintai!"
Bayi itu masih belum berpuas hati lalu bertanya lagi: "Aku tidak akan memahami bahasa mereka dan mereka juga tidak akan memahami apa yang akan aku bicarakan.Bagaimana aku boleh hidup dengan mereka?"
Lalu tuhannya menjawab: "Malaikat yang Aku pilih itu akan berbicara padamu dengan bahasa yang paling lembut dan dipenuhi kesabaran dan perhatian.Dengan ketulusan dia akan mengajarmu untuk berbicara."
Bayi itu bertanya lagi: "Dan bagaimana caranya perlu aku lakukan jika ingin berbicara dengan-Mu kelak?"
Lalu tuhannya menjawab: "Malaikatmu itu akan mengajar bagaimana caranya nanti!"
Bayi itu masih terus bertanya: "Aku dengar di dunia itu ramai orang jahat.Jadi siapa yang akan melindungiku nanti?"
Lalu tuhannya menjawab: "Malaikatmu itu akan melindungimu dengan segenap jiwa raganya sekalipun perlu mengorbankan dirinya!"
Dengan sedih,bayi itu berkata lagi: "Aku akan berasa sedih kerana tidak dapat bersama-Mu lagi!"
Lalu tuhannya menjawab: "Usah gusar.Malaikatmu itu akan menceritakan tentang-Ku kepadamu.Malaikat itu akan mengajar engkau bagaimana engkau akan kembali kepada-Ku bila sampai waktunya nanti.Sesungguhnya Aku sentiasa berada di sisimu!"
Dan sebelum diturunkan ke dunia,bayi itu bertanya soalan terakhir: "Jika sudah aku terpaksa pergi ke dunia itu,bolehkah aku tahu siapakah nama malaikat yang Engkau maksudkan itu?"
Lalu tuhannya mejawab: "Ibu! Ibu yang melahirkan engkau!"

0 comments: